Posts

Showing posts from August, 2019
[ Pilihan ] Pilihan berasal daripada kata dasar pilih yang menunjukkan kita seharusnya membuat keputusan untuk pilih. Dalam konteks kehidupan pilihan atau memilih ini adalah sesuatu perkara yang penting bagi menentukan jalan hidup yang terbaik. Tidak ramai yang mampu membuat pilihan tepat untuk hidupnya, hal ini kerana mereka terpengaruh dengan keadaan atau situasi dalam lingkungan radius yang dia ada. Kadang kala pilihan yang ada tidak banyak dan kadang pula pilihan terlalu banyak hingga kau lelah dan penat memikirkan mau pilih mana satu. Pilihan didorong oleh permintaan diri atau "will" seseorang, ibu bapa, kawan-kawan dan banyak lagi perkara atau aspek. Nak atau Tidak dalam hidup ini kita kena memilih. Memilih untuk menjadi luar biasa, memilih untuk menjadi beshe-beshe atau memilih menjadi pecundang. Jika kita memilih untuk menjadi pecundang amatlah mudah kerja kita kerana kita tidak perlu melakukan apa-apa pun. Hal ini kerana pecundang tidak melakukan apa-apa, me