[ Pilihan ]

Pilihan berasal daripada kata dasar pilih yang menunjukkan kita seharusnya membuat keputusan untuk pilih. Dalam konteks kehidupan pilihan atau memilih ini adalah sesuatu perkara yang penting bagi menentukan jalan hidup yang terbaik. Tidak ramai yang mampu membuat pilihan tepat untuk hidupnya, hal ini kerana mereka terpengaruh dengan keadaan atau situasi dalam lingkungan radius yang dia ada. Kadang kala pilihan yang ada tidak banyak dan kadang pula pilihan terlalu banyak hingga kau lelah dan penat memikirkan mau pilih mana satu. Pilihan didorong oleh permintaan diri atau "will" seseorang, ibu bapa, kawan-kawan dan banyak lagi perkara atau aspek. Nak atau Tidak dalam hidup ini kita kena memilih. Memilih untuk menjadi luar biasa, memilih untuk menjadi beshe-beshe atau memilih menjadi pecundang.

Jika kita memilih untuk menjadi pecundang amatlah mudah kerja kita kerana kita tidak perlu melakukan apa-apa pun. Hal ini kerana pecundang tidak melakukan apa-apa, menyerah sebelum berjuang dan sentiasa mempuyai persepsi yang negatif. Pendek kata pecundang ni tidak mau berusaha dan tidak mau menghadapi masalah. Dia hanya sukakan pemikiran yang short-cut dan memudahkannya sehingga menjadikan dirinya lemah. Si pecundang juga cenderung untuk “skip” proses kejayaan. Dia mahu daripada niat terus menjadi hasil. Orang yang memilih untuk menjadi pecundang mempunyai sikap malas yang tingga dan kurang kesedaran.

Seterusnya, memilih menjadi beshe-beshe pula kebiasaannya di tahap ini seseorang itu akan bersifat berhati dan meletakkan limit pada diri. Mereka yang memilih jadi beshe-beshe akan cenderung untuk untuk mengikut peraturan dan tidak kreatif dalam menjana idea. Orang seperti ini juga di panggil "sudu" kerana ikut peraturan dan tidak menjana inovasi dalam bekerja dan tidak membuat penambahbaikkan. Hanya ikut apa yang ditetapkan secara bertulis. Kalau dalam aspek kehidupan pula mereka ini terletak di tengah-tengah tidak "noob" dan tidak juga "good" just "so so". Tiada apa yang mengejutkan dari diri orang yang berada di tahap ini, tiada perkataan "wow" untuknya kerena dia hanya biasa beshe-behse bossku. Tapi tahap ini kebiasaannya untuk mereka yang selalu "play safe" dalam hidup.

Memilih untuk menjadi luar biasa pula merupakan sesuatu yang tidak ramai orang menginginkannya. Hal ini kerana tahap ini kebiasaannya orang akan berhadapan dengan risiko dan masalah yang besar tetapi mereka boleh menyelesaikannya dengan baik dan berjaya. Memilih jadi luar biasa ini juga membolehkan seseorang itu menjadi kreatif dan inovatif dalam berfikir. Dalam bekerja mereka sering berfikir diluar kotak dalam memberi penambahbaikkan untuk apa yang telah ditetapkan kerana bagi mereka perubahan untuk maju kehadapan itu penting. Mereka sentiasa cuba ingin mengatasi limit mereka dan mempunya mentaliti "there is no limit for me" dan mereka tidak akan "skip" proses kejayaan mereka kerana bagi mereka proses itu perlu di lalui untuk menguatkan diri. Orang-orang yang luar biasa ini kadang kelihatan lambat dijalannya dan kadang kelihatan terlalu pantas dijalannya. Tapi mereka kuat melalui liku-liku kejayaan walaupun  jatuh berkali-kali. Tidak mudah menjadi luar biasa, hanya mereka yang gemar akan cabaran sahaja mampu mencapainya. 

Oleh itu, dalam hidup ini kita harus memilih sama ada menjadi pecundang, menjadi beshe-beshe atau menjadi luar biasa. Pilihan di tangan kita kerana "Kita adalah apa yang kita pikirkan". Jangan risau bila kita rasa diri kita agak lambat memilih kerana sesuatu itu perlukan masa. Apapun yang kita lalui di dunia ini dan apapun pilihan kita pastikan pilihan yang kita buat itu adalah pilihan yang terbaik untuk hidup kita. And yeah aku memilih untuk menjadi luar biasa! walaupun aku merasa aku agak slow tapi aku tahu sesuatu itu akan datang pada waktu yang tepat kerana aku percaya pada rezeki pemberian ALLAH S.W.T yang telah menetapkan rezeki tiap-tiap insan di bumi ini. Bak kata kawanku Radin "rezeki itu tidak pernah salah alamat".

Sentiasa Berikan Yang Terbaik
Guguknazmin.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog