Posts

[ Pilihan ] Pilihan berasal daripada kata dasar pilih yang menunjukkan kita seharusnya membuat keputusan untuk pilih. Dalam konteks kehidupan pilihan atau memilih ini adalah sesuatu perkara yang penting bagi menentukan jalan hidup yang terbaik. Tidak ramai yang mampu membuat pilihan tepat untuk hidupnya, hal ini kerana mereka terpengaruh dengan keadaan atau situasi dalam lingkungan radius yang dia ada. Kadang kala pilihan yang ada tidak banyak dan kadang pula pilihan terlalu banyak hingga kau lelah dan penat memikirkan mau pilih mana satu. Pilihan didorong oleh permintaan diri atau "will" seseorang, ibu bapa, kawan-kawan dan banyak lagi perkara atau aspek. Nak atau Tidak dalam hidup ini kita kena memilih. Memilih untuk menjadi luar biasa, memilih untuk menjadi beshe-beshe atau memilih menjadi pecundang. Jika kita memilih untuk menjadi pecundang amatlah mudah kerja kita kerana kita tidak perlu melakukan apa-apa pun. Hal ini kerana pecundang tidak melakukan apa-apa, me
[ Nasihat Abang Driver ] Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya aku telah berjaya menamatkan pelajaran ku di varsiti tercinta di Kuala Lumpur. Sebagai seorang anak perantau dan juga anak kampung yang jauh datang menuntut ilmu, adalah menjadi kebanggaan bagi diriku kerana dapat menimba pengalaman dan ilmu yang bermanfaat untuku di masa hadapan. Setelah selesai aku mendapat keputusan untuk semesterku yang terakhir aku menarik nafas lega seketika dengan mengenangkan diriku yang dulunya nampak teruja memulakan kehidupan di universiti. Belum sempat aku menikmati kenikmatan menarik nafas lega, aku mula berpikir untuk mencari pekerjaan yang mana peringkat ini merupakan peringkat yang paling sukar bagi seorang graduan. Sukar bukan kerana tiadanya pekerjaan tetapi sukar untuk memulai pekerjaan dan juga masih dalam belenggu dilema dengan pelbagai persoalan yang menjadi tanda tanya.  Penentuan sama ada untuk mencari pekerjaan atau berehat seketika ataupun menyamb
[ Masa ] Pepatah biasa yang kita dengar berkenaan masa adalah "masa itu emas". Ya betul masa itu sangat berharga dan amatlah rugi rasanya bila kita membazirkan masa dengan sia-sia. Setiap orang memiliki 24 jam sehari dan jumlah itu tidak lebih dan tidak kurang. Tetapi sedarkah kita ada yang masih merasa 24 jam itu tidak cukup dan ada juga yang masih mengatakan 24 jam itu terlalu lama. Jadi kita tidak tahu apa sebenarnya yang manusia mahu dengan masa. Masa yang dimiliki setiap manusia adalah bebas untuk diuruskan mengikut kesesuaian individu itu. Masa juga mampu memberi kesan yang sangat buruk kepada sesuatu situasi yang berlaku di dunia ini. Sebagai contoh, dalam peperangan kita amatlah di tegah untuk bergerak dengan lambat kerana keadaan itu akan menyebabkan ramai nyawa terkorban. Masih teringat kata-kata jurulatih dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) iaitu En. Kahar yang mengatakan "biar awal satu jam tapi jangan lambat satu saat" . Kata -kata i
[ RISIKO ] Dalam hidup ini kita sebagai manusia yang punya akal dan fikiran perlulah sentiasa bersedia dan siap untuk menghadapi apa jua rintangan dihadapan. Hal ini kerana setiap hari dunia ini penuh dengan cabaran dan juga dugaan. Sama ada kita berjaya untuk menghadapi cabaran itu atau kita gagal. Gagal atau berjaya itu bukan isunya tetapi apa yang penting pengajaran yang kita dapat.  Jika kita ingin jadi manusia yang bekualiti kita seharusnya beranikan diri untuk mengambil risiko. Sama ada risiko itu tinggi atau rendah. Paksa diri kita untuk mengambil risiko, jangan takut dengan perkataan GAGAL kerana perkataan itu akan membuatmu berhenti untuk mencuba. Kita tidak tahu apa takdir kita di depan, kita juga tidak tahu apa yang akan berlaku. Ambil lah risiko untuk menjadikan dirimu kuat dan jangan manja. Jika kita berjaya menghadapi risiko itu ucaplah Syukur, tetapi jika kita gagal menghadapi risiko itu ucap jugalah syukur untuk pengalaman yang kita dapat. Bak kata Jack Ma "yo
[ Kongsian Pengalaman part 1] Assalamualaikum dan Salam Sejahterah Baru-baru ini aku telah pergi ke sebuah majlis makan malam yang mana aku telah dijemput oleh sebuah persatuan bagi memeriahkan majlis mereka. Ahli persatuan mereka begitu rapat antara satu dengan lain sehingga membuatkan aku cemburu dan berkata kepada hatiku alangkah bagusnya bila persatuanku begitu. Dalam majlis itu penasihat mereka telah mengatakan sesuatu yang telah membuat aku tersentap dan berfikir panjang. perkara yang beliau katakan adalah berkenaan persatuan. " Dalam persatuan ini kita diibaratkan seperti sebuah kereta yang menuju ke sebuah hala tuju. Stereng kereta itu adalah Presiden yang menentukan hala tuju persatuan. Walaupun stereng menentukan hala tuju perjalanan persatuan, ianya tidak akan bergerak jika bahagian-bahagian lain tidak berfungsi dengan baik. Timbalan presiden, Setiausaha, bendahari, Exco-exco dan ahli-ahli penting adalah mewakili bahagian-bahagian lain dalam kereka seperti tayar, c