[ Kongsian Pengalaman part 1]

Assalamualaikum dan Salam Sejahterah
Baru-baru ini aku telah pergi ke sebuah majlis makan malam yang mana aku telah dijemput oleh sebuah persatuan bagi memeriahkan majlis mereka. Ahli persatuan mereka begitu rapat antara satu dengan lain sehingga membuatkan aku cemburu dan berkata kepada hatiku alangkah bagusnya bila persatuanku begitu. Dalam majlis itu penasihat mereka telah mengatakan sesuatu yang telah membuat aku tersentap dan berfikir panjang. perkara yang beliau katakan adalah berkenaan persatuan. "Dalam persatuan ini kita diibaratkan seperti sebuah kereta yang menuju ke sebuah hala tuju. Stereng kereta itu adalah Presiden yang menentukan hala tuju persatuan. Walaupun stereng menentukan hala tuju perjalanan persatuan, ianya tidak akan bergerak jika bahagian-bahagian lain tidak berfungsi dengan baik. Timbalan presiden, Setiausaha, bendahari, Exco-exco dan ahli-ahli penting adalah mewakili bahagian-bahagian lain dalam kereka seperti tayar, cermin, minyak, dan lain-lain". Analogi yang begitu mudah itu telah membuat aku berfikir sejenak bahawa aku hala tuju yang jelas tidak cukup untuk menjalankan proses dan keberfungsian persatuan jika tiada sokongan kuat dari ahli-ahli dibawah kita. Mulai hari itu aku sedar bahawa aku perlu lebih tegas dalam memimpin dan emosi perlu diletakkan ditempat yang sepatutnya. Aku juga harus meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada ahli exco dan pimpinan yang lain dalam menggerakkan kereta untuk menuju hala tuju yang lebih berjaya. Aku kena berhenti menjadi penjual ais krim yang orang sentiasa suka dan aku perlu menjadi pemimpin yang beri pengalaman serta memori terindah kepada ahli-ahli mereka. Oleh itu, kepada rakan-rakan yang bakal membaca ini mohon doakan saya dan kumpulan saya dalam membawa persatuan kami menuju kejayaan dan sebarang komen amat di alu-alukan bagi memperbaiki diri ini.

Comments

Popular posts from this blog