[ RISIKO ]
Dalam hidup ini kita sebagai manusia yang punya akal dan fikiran perlulah sentiasa bersedia dan siap untuk menghadapi apa jua rintangan dihadapan. Hal ini kerana setiap hari dunia ini penuh dengan cabaran dan juga dugaan. Sama ada kita berjaya untuk menghadapi cabaran itu atau kita gagal. Gagal atau berjaya itu bukan isunya tetapi apa yang penting pengajaran yang kita dapat. 
Jika kita ingin jadi manusia yang bekualiti kita seharusnya beranikan diri untuk mengambil risiko. Sama ada risiko itu tinggi atau rendah. Paksa diri kita untuk mengambil risiko, jangan takut dengan perkataan GAGAL kerana perkataan itu akan membuatmu berhenti untuk mencuba. Kita tidak tahu apa takdir kita di depan, kita juga tidak tahu apa yang akan berlaku. Ambil lah risiko untuk menjadikan dirimu kuat dan jangan manja. Jika kita berjaya menghadapi risiko itu ucaplah Syukur, tetapi jika kita gagal menghadapi risiko itu ucap jugalah syukur untuk pengalaman yang kita dapat. Bak kata Jack Ma "you are still young, make a lot of mistake and learn from it"
Dalam pada kita mengambil risiko itu, kita juga kena sentiasa punya disiplin yang tinggi dan berhati-hati untuk perkara yang kita lalui. Apa yang penting berilah yang terbaik untuk apa pun yang kita lakukan. Bak kata orang putih "give your best in anything you do and you will not upset even you failed". Oleh itu, ayuh cabar diri kita jadi kuat dengan beranikan diri mengambil risiko serta kita berikan yang terbaik yang kita ada untuk setiap langkah.



Guguknazmin

Comments

Popular posts from this blog