[ Masa ]

Pepatah biasa yang kita dengar berkenaan masa adalah "masa itu emas". Ya betul masa itu sangat berharga dan amatlah rugi rasanya bila kita membazirkan masa dengan sia-sia. Setiap orang memiliki 24 jam sehari dan jumlah itu tidak lebih dan tidak kurang. Tetapi sedarkah kita ada yang masih merasa 24 jam itu tidak cukup dan ada juga yang masih mengatakan 24 jam itu terlalu lama. Jadi kita tidak tahu apa sebenarnya yang manusia mahu dengan masa. Masa yang dimiliki setiap manusia adalah bebas untuk diuruskan mengikut kesesuaian individu itu. Masa juga mampu memberi kesan yang sangat buruk kepada sesuatu situasi yang berlaku di dunia ini. Sebagai contoh, dalam peperangan kita amatlah di tegah untuk bergerak dengan lambat kerana keadaan itu akan menyebabkan ramai nyawa terkorban. Masih teringat kata-kata jurulatih dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) iaitu En. Kahar yang mengatakan "biar awal satu jam tapi jangan lambat satu saat". Kata -kata itu mengingatkan bahawa pentingnya masa bagi setiap orang dan setiap situasi.
Bagiku setiap orang itu punya masa masing-masing yang perlu diuruskan dengan baik dan cermat agar tidak berlaku pembaziran masa yang keterlaluan. Aku memandang masa itu dalam konteks kehidupan setiap orang dalam menempuh kejayaan. Dalam kejayaan ini ada manusia yang berjaya dengan cepat ada yang berjaya dengan lambat. Kejayaan cepat bermaksud ada yang mampu memiliki pekerjaan yang terbaik, kehidupan yang mewah dan kebahagiaan pada usia muda, manakala kejayaan yang lambat adalah individu yang menempuhi sebuah kejayaan dengan mengambil masa yang agak lambat. Sungguhpun lambat tetapi dia tetap berjaya kerana timeline kehidupannya berbeza. Sebab itu aku katakan setiap orang itu mempunyai masa masing-masing untuk diuruskan.
Ada dalam kalangan kawan kita yang berjaya mendapat pekerjaan pada usia 18 tahun dan berjaya membahagiakan hidupnya kerana itu takdir yang dilaluinya. Ada pula kawan kita yang berjaya pada usia 28 dan 30 tahun. Situasi ini menunjukkan agar kita tidak perlu risau tentang kejayaan kerana setiap orang itu ada laluan rezekinya sendiri dan akan berjaya. Cuma ada yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kejayaan. Mungkin yang berjaya di usia muda itu sebenarnya dia sudah cukup bersedia untuk situasi itu, manakala yang berjaya lambat itu dia hanya bersedia pada umur lanjut. Jadi apa yang kita lihat di sini MASA itu penentu kepada kejayaan dan yang berjaya pada usia yang lanjut itu sebenarnya dia hanya bersedia pada langkungan umur itu sebenarnya.
Oleh itu, kita dapat melihat bahawa MASA setiap orang itu amatlah berbeza kerana setiap orang itu bebas menguruskan masanya dengan mengikut keselesaannya walaupun jumlah masa itu sama. Dalam konteks kejayan pula masa itu pula membuktikan bahawa ada yang bersedia awal untuk berjaya ada yang besedia lambat untuk berjaya. Oleh itu, aku menyeru untuk setisa bersedia menghadapi apapun dan uruslah masa kita dengan sebaiknya. Gunakanlah masa yang dikurniakan oleh ALLAH itu dengan sebaiknya agar kita mendapat manfaat darinya.

Sentiasa berikan yang terbaik,
Guguknazmin

Comments

Popular posts from this blog